Friday 13 May 2011

KAUNSELING



            Kaunnseling adalah hubungan peribadi yang dilakukan secara tatap muka antara dua orang dalam mana kaunselor melalui hubungan itu dengan kemampuan-kemampuan khusus yang dimilikinya, menyediakan situasi belajar. Dalam hal ini klien dibantu untuk memahami diri sendiri, keadaannya sekarang, dan kemungkinan keadaannya masa depan yang dapat ia ciptakan dengan menggunakan potensi yang dimilikinya, demi untuk kesejahteraan peribadi mahupun masyarakat. Lebih lanjut klien dapat belajar bagaimana memecahkan masalah-masalah dan menemukan keperluan yang akan datang. (Tolbert, dalam Prayitno 2004 : 101).
            Sejak kemunculan bidang ilmu kaunseling, terdapat kira-kira 200 pendekatan yang boleh digunakan untuk memberi kaunseling pada individu yang memerlukannya. Kaunselor yang luas pengalamannya akan memilih teori-teori yang dapat disesuaikan dengan permasalahan yang dihadapi oleh klien agar bidang masalah yang dihadapi oleh klien dapat diatasi dengan berkesan. Daripada banyaknya bidang pendekatan itu, dapat dikumpulkan ke dalam empat kategori pendekatan iaitu:
1Pendekatan psikoanalitik
2. Pendekatan kognitif
3. Pendekatan afektif
4. Pendekatan tingkah laku
OBJEKTIF PERKHIDMATAN KAUNSELING
Perkhidmatan bertujuan menolong anda untuk :
1      Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
2      Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.
3      Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di luar pejabat.
4      Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.
5      Berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan di dalam membuat keputusan untuk mengatasi persoalan-persoalan yang dihadapi.
6      Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.
7       
8      Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.
9      Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.
10   
DIMANAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING DIJALANKAN ?
Pertemuan anda dengan kaunseling akan diadakan di dalam bilik kaunseling yang selesa.
Kaunselor Anda Adalah Seorang Yang:-
1      Sedia mendengar semua persoalan anda.
2      Menerima anda tanpa syarat.
3      Menerima dan merahsiakan apa yang ada perkatakan.
4      Menghormati anda sebagai individu.
5      Sedia berjumpa anda bila-bila masa.
6       
BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN
Perkhidmatan ini dijalankan secara kaunseling individu atau kaunseling kelompok.
Kaunseling Individu   : pertemuan anda dengan kaunselor anda
Kaunselor Kelompok  : pertemuan anda dengan beberapa rakan yang mempunyai persoalan yang sama dengan kaunselor anda.

 Objektif Kaunseling
1      Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.
2      Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
3      Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
4      Menolong klien menyelesaikan masalahnya.



Tujuan Kaunseling
1. Memberi Maklumat
1      Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
2      Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
2. Menggalakkan Celik Akal
1      Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran
2      Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
3. Memberi Sokongan
1      Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
4. Penyelesaian Konflik
1      Mengurangkan ketegangan dan permusuhan  antara dua individu (pihak)
2      Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
5. Membuat keputusan
1      Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan
2      Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil  
Aktiviti Kaunseling
PERKEMBANGAN
Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif
PENCEGAHAN
Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya


INTERVENSI
Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri
PEMULIHAN
Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya

Rasional Perkhidmatan Kaunseling
1      Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
2      Ketidakseimbangan emosi.
3      Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
4      Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
5      Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
6      Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
7      Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
8      Masalah peribadi dan keluarga.
9      Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
10  Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
11  Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.
Mengapa Kaunseling Diperlukan
1      Masalah Pencapaian Mutu Kerja
2      Masalah Sikap
3      Masalah Penyesuaian Diri
4      Stress Di tempat Kerja
5      Masalah Situasi
Lima Prinsip Kaunseling Pekerja
1      Mendengar dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang pernyataan.
2      Elakkan mengkritik atau nasihat yang terburu-buru.
3      Jangan bertelagah atau berhujah.
4      Menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pekerja.
5      Dapatkan sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan.
Fungsi Kaunseling Dalam Organisasi
1      Mengdiagnosis masalah pekerja atau kepincangan organisasi
2      Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan.
3      Membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi.
4      Memberi nasihat.
5      Menyokong dan menenangkan pekerja.
6      Menilai diri.
7      Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi.
8      Memajukan diri.
Kaunseling Trauma

Objektif
1      Untuk mengurangkan stress/ketegangan dan kekecewaan di tempat kerja
2      Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja
3      Untuk menstabilkan emosi dan meningkatkan produktiviti
4      Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak diingini
5      Untuk mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif
6      Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian traumatik
Indetifikasi Peringkat/Tahap taruma
·      Tahap I : Luahan Rasa (Outcry)
·      Tahap II : Penafian (Denial)
·      Tahap III : Gangguan (Interruption)
·      Tahap IV : Mengalami (Working Through)
Reaksi Psikologikal Terhadap Trauma
·      Gangguan Emosi (Emotional Disturbance)
·      Kecelaruan Kognitif (Cognitive Disorders)
·      Hyperarousal
·      Penderitaan Fizikal (Physical Pain)
Tahap-tahap Pemulihan
·      Kesedaran Mengenai Kesan Trauma (Awareness of the effects of trauma)
·      Tahap Kefungsian Yang Minima (Minima Level of Fuctioning)
·      Penghindaran (Avoidance)
·      Penerimaan (Acceptance)
·      Ubah hala (Redirection)
Proses Pemulihan dan Susulan
·      Individu (Individual)
·      Sokongan Kumpulan Kerja (Group Work Support)
·      Sokongan Keluarga (Family Support)
·      Struktur Kerja (Work Structure)
Kaunseling Pelajar
Objektif Kaunseling Pelajar
"Untuk memastikan supaya pelajar-pelajar dapat mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan dengan menggunakan sepenuhnya potensi diri secara positif dan proaktif melalui perkhidmatan psikologikal"

Objektif Umum Kaunseling Pelajar
1      Membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan atau persekitaran
2      Membantu pelajar dalam memberikan maklumat mengenai pemilihan kerjaya yang sesuai
3      Memberi pengetahuan kepada pelajar dalam proses memahami masalah dan bagaimana menanganinya
4      Memberi khidmat kaunseling bagi membantu pelajar mengatasi masalah peribadi yang sedang dihadapi
5      Mengadakan khidmat susulan bagi membantu pelajar dalam menangani masalah atau mengelakkan diri dari masalah baru

Peringkat-peringkat Kaunseling
PERINGKAT PERMULAAN
1      Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai.
2      Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.
Diperingkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu
PERINGKAT PERTENGAHAN
1      Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian:
·      Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien.
·      Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.
PERINGKAT AKHIR
1      Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:
·      Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.
·      Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.
·      Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut
Kaunseling Yang Beretika
1      Kerahsiaan:
·      Perkhidmatan kaunseling adalah berpandukan Piawaian Amalan Kaunseling (Standards of Practice) serta memelihara Kod Etika. Setiap maklumat dalam sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaannya
·      Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak


BIMBINGAN

            Dalam mendefinisikan istilah bimbingan, para ahli bidang bimbingan dan kaunseling memberikan pengertian yang berbeza-beza. Meskipun demikian, pengertian yang mereka berikan  memiliki satu kesamaan erti bahwa bimbingan merupakan suatu proses pemberian bantuan


Menurut Abu Ahmadi (1991: 1) :
bahwa bimbingan adalah bantuan yang diberikan kepada individu (peserta didik) agar dengan potensi yang dimiliki mampu mengembangkan diri secara optimal dengan jalan memahami diri, memahami lingkungan, mengatasi hambatan guna menentukan rencana masa depan yang lebih baik.

Prayitno dan Erman Amti (2004: 99) :
 Bimbingan adalah proses pemberian bantuan yang dilakukan oleh orang yang ahli kepada seseorang atau beberapa orang individu, baik anak-anak, remaja, atau orang dewasa; agar orang yang dibimbing dapat mengembangkan kemampuan dirinya sendiri dan mandiri dengan memanfaatkan kekuatan individu dan sarana yang ada dan dapat dikembangkan berdasarkan norma-norma yang berlaku.

Sementara Bimo Walgito (2004: 4-5):
mendefinisikan bahwa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan yang diberikan kepada individu atau sekumpulan individu dalam menghindari atau mengatasi kesulitan-kesulitan hidupnya, agar individu dapat mencapai kesejahteraan dalam kehidupannya.





Chiskolm dalam McDaniel, dalam Prayitno dan Erman Amti (1994: 94):
mengungkapkan bahwa bimbingan diadakan dalam rangka membantu setiap individu untuk lebih mengenali berbagai informasi tentang dirinya sendiri.

Othman Mohamed (2000):
bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.


KONSEP BIMBINGAN
            Bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman dan kemahiran bagi menangani isu-isu dab cabaran-cabaran dalam kehidupan secaran berkesan.
             Ada beberapa konsep penting dalam bimbingan antaranya:
            1 )  bimbingan ialah suatu proses
            2 )  proses menolong
            3  )proses pengajaran

Prinsip-prinsip bimbingan
• Bimbingan adalah untuk perkembangan klien
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• kaunselor perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara kaunselor dan klien



PSIKOLOGI

            Perkataan psikologi berasal dari dua perkataan yang berasal dari bahasa Greek tua iaitu, psyche yang bermaksud jiwa atau roh manakala logy pula bermaksud kajian ataupun ilmu. Berdasarkan dua perkataan ini maka psikologi didefinisikan sebagai kajian ataupun ilmu yang mengkaji tentang kejiwaan. Selain itu, terdapat beberapa juga pengertian yang dikemukakan oleh ahli-ahlu psikologi khasnya dari barat :

1 ) Whittaker ( 1970 ) :
 adalah sains tingkah laku.

2 ) william ( 1960 ) :
Psikologi merupakan satu cabang penyiasatan saintifik tentang tingkah laku dan                            
aktiviti.

3 ) Persatuan Psikologi Amerika Syarikat ( 1982 ) :
Psikologo merupakan sains seni dan cara meningkatkan kesejahteraan manusia.


Tujuan Psikologi :

1 ) Memahami tingkah laku manusia
Tingkah laku manusia biasanya ditunjukkan melalui perhubungan, percakapan, perkongsian hidup, sistem kekeluargaan dan sistem pendidikan.

2 ) Menghuraikan atau memperihalkan tingkah laku manusia
Ahli psikologi biasanya boleh meramalkan tingkah laku manusia yang mungkin timbul dalam berbagai-bagai situasi.




3 ) mengawal tingkah laku manusia
Tingkah laku manusia dapat dikawal seandainya seseorang yang bertanggungjawab ke atas mereka mempunyai pengalaman ataupun ilmu.

4 ) membentuk dan mempengaruhi tingkah laku manusia
Guru atau kaunselor yang berpengalaman dalam ilmu pendidikan atau psikologi boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang.

Pendekatan – pendekatan psikologi

Pendekatan Behaviorisme
Pendekatan Behaviorisme menekankan kepada tingkah laku yang boleh dilihat dan diukur. Pendekatan ini dipelopori oleh John B. Watson di Universiti John Hopkins Amerika Syarikat pada tahun 1913 yang berpendapat bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Menurut Bernstein (1994), idea-idea Watson inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Menurut pendekatan ini, tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G. Selain J.B Watson, ahli-ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah B.F Skinner, Ivan Pavlov dan E.L. Thorndike.
Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pelaziman bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju dengan pendapat Pavlov tetapi menyatakan bahawa tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka panjang supaya dapat mengubah perlakuan yang mudah kepada perlakuan kompleks. Menurut beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan. Bagi E.L. Thorndike, walaupun pembelajaran berlaku hasil gabungan antara stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas) seperti pendapat Pavlov dan Skinner, beliau memberi penekanan terhadap pembelajaran cuba jaya dan pengulangan.


Pendekatan Psikoanalitik
Pendekatan ini dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) yang berpendapat bahawa sebahagian besar tingkah laku dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar yang merujuk kepada pemikiran, kebimbangan serta harapan yang tidak disedari oleh seseorang. termasuk 
Teori struktur personaliti Sigmund Freud membahagikan struktur psikik kepada tiga iaitu id, ego dan superego. Id merupakan sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh kepada dunia realiti dan mempengaruhi tingkah laku bayi apabila dorongan atau kemahuannya begitu kuat. Ego pula cuba perlahan-lahan mengambil tanggungjawab mendorong id supaya mengikut kehendak moral dan etika masyarakat sementara superego pula berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral yang berkembang daripada didikan agama kepada ego yang mengawal id. Mengikut pendekatan ini, sekiranya id dan superego cukup kuat untuk menguasai ego biasanya konflik dalaman akan berlaku dalam diri individu. Teori Freud menyarankan sekiranya konflik antara id, ego dan superego tidak selesai ia akan membawa kepada kecelaruan mental. Contohnya, Zulkarnain seorang murid dalam tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan UPSR akan belajar dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dengan selalu mengulangkaji pelajaran, bertanya kepada guru dan bersaing dengan rakan-rakannya dalam setiap ujian dan peperiksaan percubaan yang dijalankan


Pendekatan Kognitivisme
Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan Kognitivisme merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Menurut mereka dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognatif dalam ingatannya. Setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya dalam ingatan. Mereka juga berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan.
Menurut Gagne (1970), proses pembelajaran bergerak dari peringkat yang paling mudah kepada

peringkat yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Kajian Teori Bruner mendapati kanak-kanak dapat berfikir dengan menggunakan bahasa iaitu dua proses penguasaan; superordinat dan kompleksif. Superordinat merujuk kepada proses penggunaan konsep, prinsip atau hukum yang semakin berkembang selaras dengan perkembangan keupayaan mental dan peringkat umur manakala kompleksif proses pengurangan penggunaan bahasa yang tidak bercorak konsep atau prinsip selaras dengan perkembangan dan keupayaan mental. Implikasinya semakin berkembangan pemikiran seseorang individu, semakin banyak konsep baru yang akan diperolehinya. Contohnya, Hisyamuddin, murid tahun enam telah mahir menulis esei panjang dengan mempraktikkan teknik menulis esei setelah mempelajarinya secara berperingkat semenjak dari tahun empat lagi.


Pendekatan Humanistik

Ahli Psikologi dalam pendekatan ini adalah seperti Abraham Maslow, Rollo May, Carls Rogers dan Gordon Allport. Teori pendekatan Humanistik memberi tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seorang individu seperti perasaan atau emosinya. Teori ini menyatakan bahawa individu terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai satu kemahuan atau keperluan dan bertanggungjawab di atas segala tindakkannya. Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi seseorang individu adalah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai hasrat diri (self-actualization). Ini bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksimum. Walaupun terdapat halangan, kecenderungan semulajadi adalah untuk mencapai hasrat diri.
Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow dengan andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai. Mengikut Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri. Rogers (1956) pula mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers berpendapat bahawa manusia lahir dengan kecenderungan untuk kesempurnaan yang akan memandunya menjadi insan yang matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini lebih memberi tumpuan kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup. Contohnya, Karim murid tahun enam

yang tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik beradiknya yang lain telah menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya.


Pendekatan Biologi

Pendekatan Biologi cuba mengaitkan tingkah laku manusia dengan kejadian dalam otak dan sistem saraf manusia. Kajian-kajian baru menunjukkan adanya pertalian rapat antara aktiviti otak dengan tingkah laku dan pengalaman. Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan biomedik dan dikenali 
Reaksi emosi seperti ketakutan dan kemaharan telah ditonjolkan oleh haiwan dan manusia ketika dilakukan rangsangan elektrik di kawasan-kawasan tertentu di dalam otak seperti eksperimen yang telah dijalankan oleh Edward Hitzig (1893-1927) dan Gustav Fritsch (1839-1907) terhadap anjing yang dimasukkan dua batang dawai ke permukaan kortikal otaknya. Eksperimen ini jelas menunjukkan tindak balas akan berlaku apabila rangsangan elektrik diberikan dan seterusnya memberi kesan ke atas tingkah lakunya. Oleh yang demikian, salah satu fokus dalam pendekatan ini adalah peranan sistem saraf pusat yang bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia. Contohnya, Salmah murid tahun enam, mengikut rekod kelahirannya telah mengalami masalah yang menyebabkan otaknya tidak memperolehi oksigen secukupnya kerana lambat dilahirkan dalam proses tersebut , telah memberi kesan kepada kemampuan mindanya untuk menerima dan mengingat suatu maklumat seperti tidak mampu mengingat sifir dua.

Sunday 8 May 2011

WANITA MENCARI JODOH: Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?

Dipetik dari http://zainul.com/khutbah.htm

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini
wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam
pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang
biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya,
berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun
hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.
Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki
agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini
disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan
pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.
Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika
hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri
mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita
dalam memilih bakal suami mereka.
Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh
dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa
penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal
kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani
besama dengan pasangan.
Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu
latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.
Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan
buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan
baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan
sebagainya.
Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi
anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang
berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu
dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah
dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan
berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.
Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti
dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih
pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang
sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala
perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya,
sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya
raya, hakikatnya ia adalah miskin.
Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta
kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempattempat
maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya
hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab
terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh
Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan
yang besar”.
Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah
SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup
berumahtangga akan dapat dinikmati?
Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan
bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak
perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang
bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,
“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia
menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya
pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.
Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama
Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup
keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian
terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.
Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih
mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari
sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif
sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi
tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai
oleh golongan wanita berbanding lelaki.
Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)
yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda
mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan
anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan
silaturrahim dengan anaknya sendiri”.
Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa
agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan
menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.
Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada
menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat
menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah
Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?
Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika
berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi
apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat
yang diterajui oleh suami mereka sendiri.
Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh
kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan
solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian
yang nyata sekali bagi dirinya.
Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana
bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang
fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak
perempuannya sendiri.
Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal
pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang
berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial”
yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih
sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak,
tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.
Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orangorang
bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang
soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).